ORTOGRAFIK


LUKISAN ORTOGRAFIK

PENGENALAN


Dalam abad ke-18, bermulalah era Lukisan Kejuruteraan (LK) moden. Gespard Monge telah memperkenalkan lukisan ortografik yang digunakan sehingga kini. Namum begitu LK moden dianggap bermula pada abad yang ke-19 apabila beberapa peralatan lukisan mula digunakan seperti papan lukisan, sesiku-T, sesiku set dan alatan lukisan geometri yang lain .

  • Orto bererti lurus sudut tepat
  • Grafik bererti tulisan atau lukisan
  • Unjuran bererti memanjang
Lukisan ortografik adalah cara melukis objek tiga dimensi (3D) menggunakan pelbagai jenis pandangan.  Jenis garisan putus-putus digunakan untuk semua bahagian yang terlindung pada sesuatu objek. Garisannya berbentuk halus putus-putus seperti yg terdapat dalam gambarajah.

Dalam lukisan ortografik terdapat enam pandangan asas yang  boleh diunjurkan dalam enam arah ortogonal. Pandangan yang terhasil dipanggil pandangan asas.  
Anda boleh bayangkan bahawa objek 3D diletakkan didalam kotak yang telus,
dan pandangan dijangka berserenjang ke enam dinding kotak.

3 Pandangan Umum
Biasanya objek dilukis sebagai tiga pandangan umum iaitu  Pandangan Hadapan,  Pandangan Sisi dan Pandangan Pelan (atas).





ortografik perkataan merujuk kepada sistem unjuran yang ia digunakan untuk mendapatkan lukisan pandangan pelbagai berdasarkan model kotak kaca.
lukisan yang muncul di permukaan adalah pandangan seseorang melihat pada satah tontonan yang telus yang diletakkan berserenjang dengan garis penonton penglihatan dan objek.

Dalam sistem ortografik, objek diletakkan dalam satu siri kedudukan (pelan atauketinggian) berbanding dengan satah tontonan. 


Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina. Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan tersebut, bentuk pandangan diperoleh. 

Terdapat 2 jenis lukisan ortografik  :-

  1. Pandangan sudut unjuran pertama
  2. Pandangan sudut unjuran ketiga



UNJURAN SUDUT PERTAMA

Lukisan dalam sudut unjuran pertama ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya. Kesemua satah ini bertemu antara satu sama  lain pada sudut tepat.  Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.




Berikut merupakan simbol bagi unjuran sudut pertama:






Rajah di bawah merupakan kedudukan pandangan-pandangan bagi sudut pertama:




Langkah-langkah melukis  pandangan hadapan, pelan dan sisi melalui objek dalam rajah di bawah:






Langkah pertama:

Lukiskan pandangan hadapan pada petak kedua sebelah kanan atas:

                                    
  Rajah 1: Pandangan hadapan


Langkah ke dua:


Unjurkan garisan melalui pandangan hadapan yang telah dilukis, ke bawah untuk mendapatkan bentuk pandangan pelan yang juga dikenali sebagai pandangan atas:




                                              Rajah 2: Pandangan pelan dan hadapan


Langkah ke tiga:

Selepas itu, daripada pandangan pelan, buat unjuran kepada garisan bersudut tegak.



Rajah 3: pandangan hadapan, pelan, dan unjuran 
kepada garisan bersudut tegak


Langkah ke empat:

Daripada pandangan hadapan pula, buat unjuran garisan ke kiri.
Setelah itu, sambungkan garisan tersebut dengan garisan yang bersudut tegak tadi, untuk membentuk pandangan sisi.



Rajah 4: Kedudukan pandangan hadapan, pelan dan pandangan sisi



UNJURAN SUDUT KETIGA

Unjuran sudut ketiga juga dikenali sebagai unjuran Amerika. Kedudukan pandangan sudut unjuran ketiga pula dijelaskan bahawa
  • arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah
  • pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.
Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melalui illustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan. Dalam lukisan ortografik mempunyai tiga arah pandangan iaitu :-   
  • Pandangan atas (pelan)
  • Pandangan hadapan
  • Pandangan sisi

1) Simbol bagi sudut pandangan ketiga :


Rajah di bawah menunjukkan kedudukan bagi pandangan hadapan, pelan atau juga dikenali sebagai pandangan atas dan pandangan sisi bagi sudut ketiga:




2) Langkah-langkah melukis Pandangan Hadapan,  Pelan dan Pandangan Sisi  melalui objek di bawah :-






i)  Langkah pertama:

Lukiskan pandangan hadapan pada petak pertama sebelah kiri bawah:




                                      Rajah 1: P
andangan hadapan





ii) Langkah ke dua:


Unjurkan garisan melalui pandangan hadapan yang telah dilukis, ke atas untuk mendapatkan bentuk pandangan pelan yang juga dikenali sebagai pandangan atas:



  
Rajah 2: Pandangan pelan dan hadapan 




iii) Langkah ke tiga:


Kemudian, daripada pandangan pelan, buat unjuran kepada garisan bersudut tegak.





Rajah 3: pandangan hadapan, pelan, dan unjuran 
kepada garisan bersudut tegak



iv) Langkah ke empat:

Daripada pandangan hadapan pula, buat unjuran garisan ke kanan.
Setelah itu, sambungkan garisan tersebut dengan garisan yang bersudut tegak tadi, untuk membentuk pandangan sisi.



Rajah 4: Kedudukan pandangan hadapan, pelan dan pandangan sisi



 Contoh objek kedua :



Berikut merupakan kedudukan ketiga-tiga pandangan unjuran dalam sudut ketiga berdasarkan objek di atas :




 Contoh Objek ketiga :

                               i.

                            ii.

                                         
                            iii.


Contoh objek ke empat:

                               i.

                              ii.

                           iii.



Contoh kelima:

No comments:

Post a Comment